PKR ARAH SEMUA LANTIKAN POLITIK DI KELANTAN LETAK JAWATAN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil parti itu di Kelantan diminta melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan.

Ia diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Biro Politik Keadilan pada malam tadi.

Selain itu, perkara lain yang turut diputuskan adalah PKR menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu, namun PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan.

“PKR juga akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14,” kata Dr Wan Azizah.

Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Selangor pula akan diputuskan pimpinan parti bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sekembalinya beliau daripada lawatan rasmi ke luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana