Pintu kepada PPBM sudah tertutup rapat....Kita Tengok Sejauh Mana PPBM Pergi Lepas Ini

Ia ibarat paku di keranda.Ketika masih kedengaran lagi spekulasi mungkin adanya ruangan kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad...Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang telah membuat kenyataan yang boleh kata tutup terus pintu parti itu pada PPBM.

Juga bagaikan sembilu yang menusuk,beliau secara terbuka memberitahu PAS menilai PPBM sebagai sebuah parti yang 'tidak tentu arah' kepimpinanya.

"Tak tahu siapa imam,siapa makmum,"katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar PAS di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dekat Alor Star Sabtu.

Beliau spontan memberi respon berkenaan ketika ditanya mengenai kedudukan PAS dengan PPBM.

Hadi menegaskan atas sebab itu partinya tidak akan adakan sebarang hubungan dengan PPBM.

Sebelum ini beberapa rundingan telah diadakan antara pimpinan kedua parti.

Namun tiada sebarang khabar konkrit muncul dari rundingan berkenaan.

Sekalipun Dr Mahathir selaku pengerusi parti ada membuat beberapa kenyataan yang kritikal terhadap PAS namun presidenya Tan Sei Muhyiddin Yassin dikatakan terus cuba mengusahakan rundingan.

Cakap-cakap terbaru mengenai kemungkinan kerjasama itu timbul ekoran kenyataan pimpinan parti iu hendak memperkasakan blok ketiga yang diterajuinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana