PH MENANG HANYA ANDAIAN, MAHFODZ JAWAB DAKWAAN MUHYIDDIN

‘Itu hanya andaian’, ujar Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed apabila mengulas peluang kemenangan akan lebih berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) jika PAS bekerjasama dengan Umno di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Malah penafian Mahfodz mengenai kerjasama PAS dengan Umno juga nyata menepis dakwaan hanya wujud pertandingan dua penjuru sahaja di dalam pilihan raya akan datang.

“Yang didakwa hendak bekerjasama dengan Umno itu tidak betul, itu hanya andaian. Bagi PAS, sehingga ke hari ini kita akan bertanding sebanyak tiga penjuru. Kita akan menentang Umno di mana-mana, begitu juga dengan PH, kita akan lawan.

“Tidak ada istilah dua penjuru, kerana banyak yang akan terjadi pertandingan tiga penjuru,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang cerah untuk menang di dalam PRU14 sekiranya Umno-PAS bergabung.

Kerjasama antara dua parti berkenaan, menurut Muhyiddin ‘lebih mudah’ kerana hanya wujud dua penjuru pentandingan sahaja.

“Kenyataan itu tidak betul kita tidak ada bersekongkol dengan sesiapa. Yang kita ada hanya blok ketiga bersama IKATAN,” tepis Mahfodz lagi.

Dalam sidang medianya yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Muhyiddin turut menyelar PAS kerana bekerjasama dengan Umno, namun dalam masa yang sama menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang.

Bekas timbalan perdana menteri itu menyifatkan sikap PAS itu sebagai ‘kontra’ memandangkan ia sebelum ini beria-ia mahu menentang Umno. -AP
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment