PERDANA MENTERI: ANAK MAHU, BINI MAHU, BAPAK MAHU, SIAPA PEDULI APA RAKYAT MAHU?

POLITIK Pakatan hari ini – selepas berakhir Kongres PKR Ahad lepas, berkisar tentang siapa mahu jadi Perdana Menteri saja nampaknya.  Ada anak yang mahu bapaknya jadi Perdana Menteri, bapak yang mahu anaknya jadi Perdana Menteri, isteri yang nak sangat lakinya jadi Perdana Menteri dan semua gila-gila NAK JADI PERDANA MENTERI yang macam itu.

Segala macam serangan yang rakyat lihat dilancar ke arah Perdana Menteri hari ini adalah kerana anak, bini, bapak yang berkenaan mahu, bapak, laki dan anak masing-masing jadi Perdana Menteri.  Mereka ini sebenarnya bukan peduli apa yang rugi, apa yang untung dan apa yang melingkup.  Rakyat?  Jauh sekalilah, yang penting asal karobah masing-masing dapat jadi Perdana Menteri sudah.

Kerana perjuangan Pakatan sekarang adalah tentang perjuangan peribadi, segala yang disekeliling dan tidak begitu terlibat dalam perebutan ini. jadi bodoh dan kelam kabut.  Jika dilihat betul-betul, Pakatan hanya buat reversal dari apa yang BN laksanakan, mereka sendiri tidak ada apa yang baru untuk dijadikan modal menarik sokongan rakyat.

Tak hairan, rakyat melihat Pakatan nak perkenal semula SST dan dalam masa sama mengekalkan Akta berkaitan GST cuma dengan kadar kosong (zero rate) – ini tak pernah dibuat orang.  2/3 negara dalam dunia mengamalkan GST, tak satu pun kadar kosong (zero rate).  Itu satu hal, perkenal semula GST ini tidakkah itu bermaksud rakyat berkemungkinan bayar cukai 2 kali kalau dalam mana-mana tempoh sepanjang 5 tahun pasca PRU14, Pakatan mengenakan GST dari 0% kepada berapa % yang mereka suka memandangkan undang-undang berkaitan tidak dihapuskan?

Semua ini contoh politik Pakatan sedang berterabur dan hilang hala tuju.  Masing-masing berebutkan jawatan belum pun berkuasa dan tak fokus lagi apa yang nak dibuat untuk rakyat.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment