PENYOKONG BEE YIN JUGA SAMA BODOH SEPERTI WAKIL RAKYATNYA – PENGANALISIS

ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin merupakan contoh kebodohan DAP akibat daripada saranannya kepada kerajaan negeri Selangor untuk tidak bekerjasama melengkapkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Penganalisis politik, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff berkata, penyokong Bee Yin juga sama bodoh seperti wakil rakyatnya jika turut sama bersetuju agar tidak membenarkan laluan landasan ECRL daripada Gombak ke Perlabuhan Klang dibina.

Ujar Abdul Rahmat, alasan yang dikemukakan oleh Bee Yin berdasarkan perbandingan dilakukannya dengan pembinaan landasan keretapi di Tanzania dimana laluan berkenaan dibina terus diatas tanah menerusi terowong sepertimana ECRL.

“Fasa pertama ECRL akan membina 600km landasan keretapi, dikuasa tenaga elektrik, beserta pembinaan 50 kilometer terowong. Fasa kedua akan menghubungkan ECRL daripada Terminal Pengankutan Bersepadu Gombak (GITT), tambahan 88 kilometer lagi.

“Kosnya dianggarkan sekitar RM55 bilion (USD12.6 bilion). Bermakna (ianya berharga) antara RM80 juta (USD18.4 juta) per kilometer,” ujar Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

Sebagai perbandingan, landasan keretapi Madrid-Volladoid di Sepanyol berharga RM130.4 juta per kilometer bagi projek sepanjang 177 kilometer yang menelan belanja keseluruhan RM24 bilion (USD5.48 bilion).

Tambahnya, landasan The Bremmer di Switzerland sepanjang 55 kilometer pula bernilai RM28.52 bilion (USD6.56 bilion) bermakna kos per kilometer dianggarkan berharga RM130.4 juta.

“Saya tidak tahu bagaimana Yeo Bee Yin dan rakan-rakannya boleh mendakwa ECRL adalah projek landasan keretapi paling mahal.

“Boleh pula, mereka meletakkan calon (hanti) yang merupakan warganegara Australia sebagai calon semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas,” katanya merujuk kepada ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon yang digugurkan taraf sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, minggu lalu.

ECRL merupakan projek landskap ekonomi pantai timur dengan mewujudkan akses terbaru kepada sistem penghubungan logistik ke Lembah Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman berkata, projek berkenaan juga akan melibatkan sub-kontraktor syarikat tempatan sungguhpun pemaju utama, China Communications Construction Company Limited China (CCCC) berasal dari tanah besar China.

Setelah mendapati ECRL membantu meningkatkan ekonomi sejagat, Bee Yin kemudiannya mengubah tona dan dakwaannya dengan mempersoalkan mengapa ECRL hanya terhenti di GITT sedangkan pelan asalnya untuk menhubungkan terus ke Perlabuhan Klang.

Menjelaskan dakwaan ADUN DAP ini, Abdul Rahmat memberitahu bahawa landasan tambahan daripada GITT ke Perlabuhan Klang diteruskan menerusi fasa kedua projek berkenaan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ketika menyaksikan majlis pemeterian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara CCC dan Malaysia Railway Link Sdn Bhd (MRL) berkata, fasa kedua projek ECRL akan menyediakan perhubungan lengkap GITT dengan Perlabuhan Klang.

“Apabila siap kelak, rakyat dari pantai timur Semenanjung Malaysiaakan dihubungkan dengan wilayah tengah dan barat dengan hentian-hentian penting seperti hub industri, lapangan terbang dan zon pelancongan sepanjang landasan,” ujar Dr Mohd Irwan.

Lantas Abdul Rahmat menyeru agar Bee Yin untuk tidak mencapuri urusan ECRL dan memberi ruang kepada pihak profesional menguruskannya.

“Uruskanlah hal-hal lebih mudah seperti mengapa pengundinya masih melakukan parking berganda di Damansara Uptown.

“… atau jika dia mahu kelihatan bijak, beliau patut tanya kepada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Guan Eng mengenai kajian (terowong dasar laut) RM305 juta yang masih belum diserahkan ke Kementerian Kerja Raya,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana