PEMUDA PAN GESA AZMIN SINGKIR PAS

Selepas pengguguran EXCO Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan segera rombakan pentadbirannya dengan menyingkir PAS.

“Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, selepas berkerat rotan dengan PAN dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam pentadbiran Selangor,” lapor sebuah portal berita, Selasa.

Shazni Munir mendakwa jika persediaan ke arah peralihan kerajaan dilakukan, keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, PAN, DAP dan PPBM dilihat bersedia memikul tanggungjawab di negeri itu.

Pada ketika ini, selain Iskandar, EXCO PAS ialah Zaidy Abdul Talib, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah.

Sementara itu, laporan Utusan Malaysia pada hari ini menyebut PAS Selangor tidak akan keluar daripada kerajaan negeri itu sekalipun jika Majlis Syura Ulama memutuskan tiada lagi hubungan politik dengan PKR.

Pesuruhjaya PAS Selangor baharu, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata PAS perlu kekal dalam pentadbiran negeri kerana mereka sebahagian daripada mandat diberikan rakyat pada Mei 2013. – BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana