PEMUDA DAP TAK FAHAM PERLEMBAGAAN PARTINYA....ITULAH BANGGANG NAMANYA

Pensyarah Kanan Universiti Utara, Dr. Kamarul Zaman Yusuff menyifatkan Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh sebagai ‘tidak cerdik’ kerana tidak memahami Perlembagaan DAP.

Dr. Kamarul Zaman yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia universiti itu berkata, beliau telah lama mengkaji Perlembagaan DAP dan kerap membuat komentar mengenainya dalam Berita Harian sejak 26 Jun 2016 lagi.

“Kamulah yang sebenarnya tidak cerdik kerana tidak faham Perlembagaan DAP walaupun kamu menjadi Ketua Pemuda DAP, ” kata Dr. Kamarul Zaman dalam satu kenyataan di media rasmi PAS, Harakahdaily, 24 Mei semalam.

Dr. Kamarul Zaman menjelaskan perkara bagi menjawab kenyataan Kah Woh di Malayskini agar beliau (Kamarul Zaman) tidak perlu memiliki ijazah PhD dan ijazah sajarna daripada universiti terkenal atau anugerah pencapaian yang tinggi bagi memahami perjuangan DAP.

Sebaliknya kata Ketua DAP Pusat itu, Kamarul Zaman hanya perlu membaca keseluruhan Perlembagaan DAP jika enggan mencari profail dan sejarah perjuangan parti itu yang disimpan di arkib-arkib negara ini.

Sindiran Ketua Pemuda DAP itu ekoran inisiatif Dr. Kamarul Zaman hendak mengumpul tanda tangan lebih 100 ahli akademik termasuk profesor dan profesor madya daripada universiti tempatan untuk dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mendesak jabatan itu memberikan tunjuk sebab mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan.

Usaha Dr. Kamarul Zaman itu dibuat kerana tindak-tanduk dan pernyataan DAP kini dilihat bercanggah dengan Islam yang menjadi agama rasmi negara dan menyentuh hak pribumi Sabah dan Sarawak sedangkan ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan itu, Dr. Kamarul Zaman juga membidas pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang lebih awal membela atau ke depan dalam mempertahankan DAP daripada pemimpin DAP sendiri.

Beliau merujuk beberapa kenyataan pemimpin PAN yang menganggapnya ‘tidak cerdik ‘ selain menggunakan perkataan tidak manis terhadap beliau berhubung tindakannya membuat laporan polis tentang pengedaran buku yang ditulis pemimpin DAP Hannah Yeoh dan inisiatifnya untuk mendapatkan jawapan ROS kenapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana