Pemuda AMK kritik PAS ekoran putus hubungan dengan PKR....PKR Benggang Tu

Kongres Pemuda AMK menjadi medan sasaran perwakilannya dalam menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap PAS susulan parti itu menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

 Perwakilan Pemuda Wilayah Persekutuan Ahmad Azri Zainal Nor menyatakan rasa kesal mereka bahawa PKR selama ini bersabar dan mempertahankan hubungan kedua-dua parti itu tetapi PAS dengan mudah memutuskannya.

"Tohmahan itu telah akhirnya orang kata itu putus sudah kasih sayang. Kita selama ini bersabar dengan mereka ini. Kita selama ini cuba nak pertahankan hubungan suci ini.

"Tapi apa yang kita dapat? Kerusi kita pun kita dia nak. Parlimen Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini kalau mereka nak, 'just bring it on' (sila kemukakan)," katanya dalam perbahasan ucapan dasar Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini.

Justeru beliau akan memastikan kerusi yang PAS mahu rebutkan kembali dengan PKR akan tetap dipertahankan dan mengulangi kembali sejarah pilihan raya umum pada tahun 1986.

"Mungkin kali terakhir mereka bertanding pada tahun 1986 mereka hilang deposit, dan mungkin tahun ini mereka hilang juga deposit," katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pemuda AMK dari Johor, Naim Jusri mencabar ketiga-tiga Exco PAS di Selangor agar meletakkan jawatan mereka susulan terputusnya tahaluf siyasi di antara PAS dengan PKR.

“Angkatan Muda Keadilan Johor mencabar PAS Selangor untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan 5000 jawatan di Selangor. Keadilan (PKR) dah mulakan dan mereka harus tahu dan kalau mereka anak jantan, letak jawatan sekarang," tegas beliau.

Pemuda AMK Kelantan, Mohd Hafidz Rizal Amran pula dalam ucapannya turut meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan PAS yang mendakwa PKR bersengkongkol dengan DAP untuk tidak menyokong RUU355.

“Kami ingin menegaskan di sini bahawasanya dituduh dengan pelbagai tohmahan, pemuda PH tidak menyokong Rang Undang-Undang 355.

"Mana mungkin ketua umum kita berada dalam penjara, mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong RUU355 (tetapi mereka) mengambil sikap untuk memutuskan tahaluf siyasi kerana usul itu.

"(Sedangkan) mereka fitnah kita, tuduh kita pengkhianat," katanya kesal.

Konflik PAS-PKR sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menceraikan PKR dengan alasan parti itu banyak mengkhianati perjanjian kerjasama di antara mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana