Pemimpin DAP dibidas kerana bercakap tak semak fakta

Sudah acap kali pemimpin-pemimpin DAP 'kantoi' cakap lepas tanpa bersandarkan fakta.
Yang terbaru Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming disindir kerana tidak faham dengan dasar-dasar kerajaan sehingga sanggup menggunakan forum rakyat bagi mencari populariti.
Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata Ahli Parlimen Taiping itu tidak membuat 'kerja rumah' apabila mengkritik kononnya BN mengetepikan peruntukan pembangunan di kawasan pembangkang.
Kenyataan Noh mengenai Kor Ming adalah yang pertama dibuat di Perak dimana sebelum ini Noh beberapa kali mengkritik salah tanggapan kenyataan pemimpin DAP berkenaan.
Menurut Noh, Kor Ming sepatutnya menyemak atau merujuk terlebih dahulu kepada pihak PBT di kawasannya bagi mendapatkan gambaran sebenar daripada terus membuat tuduhan melulu dan tidak berasas itu.
Perang mulut antara Noh dan Kor Ming bermula apabila, pemimpin DAP itu pada 19 April lalu tidak puas hati dengan Pekeliling terbaru KPKT yang mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membatalkan projek-projek BP 1 tahun 2017 yang telah diluluskan kepada PBT di kawasan-kawaan Parlimen bukan BN.
Oleh kerana portfolio Noh mengenai subjek yang dibangkit Kor Ming, Noh menjawab sehingga mencabar ahli parlimen Taiping itu  membawa isu ini ke mahkamah.
Untuk rekod, Noh dan Kor Ming adalah lulusan undang-undang dan pernah jadi peguam.
Bagi Noh apa yang ditimbulkan Kor  Ming, seperti biasa sebelum ini pun kononnya cuba menjadi juara di hati rakyat tetapi tidak kena tempat.
“Dia boleh bawaklah, saya lebih suka dia bawak ke mahkamah. Dia akan membuktikan kebodohan dia mempertikaikan hak kerajaan di mahkamah. Saya amat alu-alukan tindakan yang dia nak buat untuk nampakkan kebodohan dia. Inilah perangai pembangkang yang suka nak jadi hero rakyat, tapi tak kena tempat,” katanya.
 “Pembangkang ini sahaja nak buat kecoh, kononnya nak bagi rakyat nampak mereka ni buat kerja. Kenapa tak bawa ke Parlimen, bentangkan dan berdepan dengan saya. Boleh bawa ke persidangan akan datang ni,” katanya.
Ketika di Ipoh  semalam Noh dalam ucapan sekali lagi membidas Kor Ming:`Dia sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku di kawasannya sepatutnya dia perlu bertanyakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Rahim Mohd Ariff  dan bukannya membuat kritikan dan dakwaan yang tidak berasas.’’
Kritikan terbaru Noh dibuat semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci bagi Pasar Ayam Aman Jaya di Ipoh petang Khamis.
Noh menegaskan bahawa pembangunan yang dibawa kerajaan BN adalah untuk semua kaum tanpa mengira fahaman politik mereka.
"Apa yang lebih penting supaya rakyat dapat menikmati faedah pembangunan yang dibawa kerajaan dalam suasana selesa,’’ katanya.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Noh berkata kerajaan sedia menimbang cadangan mengenakan kerja khidmat masyarakat atau komuniti service  daripada dikenakan hukuman denda kepada mana-mana individu yang didapati membuang sampah merata-rata.
Katanya cadangan dibuat pihak tertentu mengenai isu ini sebagai satu cadangan yang baik namun ia tertakluk kepada  Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Itu satu cadangan yang baik, kalau kita hendak laksanakan itu ia tertakluk juga kepada Undang- Undang Kecil di pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
"Jadi memang betul kalau kita kita hendak wujudkan kebersihan ini bukan sahaja dari segi hukuman semata-mata tetapi kita hendak melatih dan menanam budaya supaya rakyat menjaga kebersihan dan menjadikannya satu amalan dan juga budaya hidup,’’ katanya kepada media selepas majlis penyerahan kunci bagi Pasar Ayam Aman Jaya di Ipoh.
Beliau  mengulas kenyataan Pengerusi Institut  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye baru-baru ini yang mencadangkan supaya mereka yang didapati membuang sampah merata-rata melakukan kerja khidmat masyarakat daripada dikenakan hukuman denda.
Sementara itu  Pasar Ayam Amanjaya yang dirasmikan Noh menjadi harapan baru kepada pengusaha/penjual ayam di Ipoh ,: sebanyak 62 gerai kini memulakan operasi sepenuhnya bermula pada Khamis ini.
Noh berkata  pasar yang dinaiktaraf ini menelan kos keseluruhan sebanyak RM11.4 juta. Ia menepati hasrat kerajaan pusat  dalam siri pelaksanaan pembangunan semula pasar-pasar dalam kawasan tadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Katanya kerajaan pusat mempunyai budaya inovatif dalam perlaksanaan merancang struktur perancangan bandar untuk mensejahterakan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang awam.
“Sebagai contoh, sebelum ini ada yang mempersoalkan tindakan KPKT membangunkan bangunan UTC yang menelan kos RM45 juta namun ternyata dengan pembukaan pasar ayam terbaru ini ianya akan cukup memudahkan rakyat,inilah cetusan Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) yang amat efektif,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana