Pembangkang hanya mampu berangan mahu rampas Sabah

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah berada dalam kedudukan lebih bersatu seperti sekarang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, menyedari bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjadi sasaran komplot, BN Sabah telah mengukuhkan perpaduan dan berdiri teguh di belakang Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman.

“Pihak pembangkang hanya angan-angan jika mereka fikir berlaku perebutan kuasa di Sabah, yang akan mengakibatkan pertukaran kerajaan negeri.

“Sabah telah membuktikan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan parti dan akan terus berbuat demikian,” katanya menerusi catatan diblog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata, dakwaan mengenai perpecahan dalam UMNO atau BN Sabah telah berlarutan selama lebih 10 tahun dan terus timbul dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, sebenarnya dakwaan bahawa Sabah sepatutnya menjadi tulang belakang 16 September apabila 10 daripada 30 anggota parlimen sepatutnya menyeberang ke parti pembangkang dikatakan dari Sabah, hanya dakwaan semata-mata.

“Akhirnya, tiada apa yang berlaku pada setiap masa tetapi itu tidak menghalang pihak pembangkang daripada membangkitkan semula dan mengkitar semula cerita itu.

“Dan mereka melakukannya setiap kali mereka menghadapi masalah dan perlu untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada kedudukan pembangkang yang berada dalam keadaan kucar-kacir,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana