Peluang Cerah Untuk PH Menang PRU14 Jika UMNO-PAS Bergabung...Kenyataan Paling Lucu Midin

Gabungan PAS dan Umno akan memberi peluang cerah terhadap kemenangan Pakatan Harapan (PH) di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya keadaan itu berlaku, maka pertandingan dua penjuru akan berjaya dibentuk kelak di antara Umno-PAS dan PH.

“Kita dalam Pakatan Harapan akan terus mengatur langkah, untuk menghadapi hakikat bahawa PAS tidak lagi bersama kita, kita mungkin berhadapan tentangan tiga penjuru.

“Tetapi baik juga kalau mereka (PAS) nak bergabung dgn Umno, kita tentang dua penjuru, peluang lebih besar untuk menang.

“Apa-apa pun, strategi akan kita susun untuk mendapatkan kejayaan,” kata Muhyiddin dalam sidang medianya yang disiar secara langsung di Facebook miliknya hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyelar PAS yang didakwanya sanggup bekerjasama dengan Umno, namun menolak ‘jalinan’ di kalangan parti-parti pembangkang.

Keadaan itu disifatkannya sebagai ‘kontra’ memandangkan PAS sebelum ini beria-ia melaungkan perjuangan menentang Umno.

“Mereka kata tak menyokong parti yang ada dalam Pakatan Harapan, tapi mereka sanggup bersekongkol dengan Umno, yang kita tahu sejak sejarah awal sampai sekarang pun mereka kata Umno ini bukan parti Islam dan mereka menentang segala apa yang dilakukan oleh Umno dan BN.

“Kita sudahpun jelaskan hari ini bahawa Umno ini dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa, jadi menghairankan kami mengapa PAS sanggup berkerjsama, sedangkan PAS ini katanya parti Islam,” katanya lagi.

PAS, melalui Majlis Syura Ulamanya pada Khamis lalu membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasinya dengan PKR selepas parti yang dipimpin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu melanggari beberapa syarat perjanjian.

PAS sebelum ini juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP selepas kecewa parti berkenaan kerap kali mengkritik kepimpinan dan perjuangan Islam yang dibawanya.

Kerjasama PAS dan PPBM juga masih tergantung selepas rundingan di antara dua parti berkenaan gagal menemui kata sepakat.

Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff semalam mendakwa rundingan partinya dengan PAS gagal akibat wujudnya lima pemimpin di dalam parti itu bekerja keras untuk menjalin kerjasama dengan Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana