PEJABAT SPR DIRANTAI PEMUDA PAKATAN HARAPAN

Pemuda Pakatan Harapan mengambil tindakan merantai pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tidak tampil untuk menerima memorandum bantahan larangan edaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT), sebentar tadi.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya akan memanjangkan perkara ini dengan membuat laporan polis disusuli dengan tindakan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Kita sangat berdukacita kerana demonstrasi hari ini gagal menyerahkan memorandum bantahan larangan edaran salinan RDPT kepada pengerusi SPR.

“Disebabkan itu, pada selasa depan, kita akan membuat laporan polis di seluruh negara selain menyerahkan memorandum kepada Suhakam. Selain itu juga kita akan usahakan perkara ini untuk mendapat perhatian dan campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya pada demonstrasi dan serahan memorandum larangan edaran salinan RDPT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana