PAS YAKIN PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK DI PRU14

Pakatan Harapan selama ini mendabik dada yakin dan bangganya mewar-warkan bahawa kononnnya Pakatan Harapan mampu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang tidak lama lagi.

Ini boleh dilihat apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Pakatan Harapan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) walaupun tanpa PAS.

“Kalau kita mengikuti kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan oleh Pakatan Harapan, jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 dan 15,000,” kata Mahathir ketika berceramah dalam program Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sebelum ini.

Beliau menyifatkan sambutan itu kononnya menggambarkan yang orang Melayu memberi sokongan kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob pula beranggapan sebaliknya. Beliau membayangkan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, PAN, PPBM dan DAP tidak mempunyai peluang untuk memenangi PRU14.

Ini kerana jika dilihat kepada situasi sekarang, tiada bukti kukuh menunjukkan Pakatan Harapan yang diterajui parti rasis dan cauvinis DAP akan menang.

“Kami tidak bimbang dengan pakatan, malah yakin, PAS mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat.

“Tiada ramalan mana-mana pihak mengatakan bahawa pakatan harapan akan menang,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Manakala mengulas mengenai kerjasama dengan UMNO pula, beliau mengatakan parti Islam itu hanya akan berada dalam blok ketiga.

“Oleh itu, kami bersedia untuk berhadapan pertandingan tiga penjuru. Ini disebabkan kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada bertanding. Kita menghormati mereka,” kata Ahmad.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment