PAS TAK TAKUT PUN JIKA 3 EXCONYA DIPECAT DI SELANGOR

Pas tidak gentar sekiranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil keputusan untuk memecat kesemua tiga Exco daripada parti itu di dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti berakhir.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Nasuruddin Daud berkata, PKR selama ini pun tidak pernah bersetuju dengan perjuangan Pas dalam melaksanakan undang-undang Islam selain pemimpin parti itu turut menuduh Pas terlibat menerima rasuah.

Beliau bagaimanapun me­ngingatkan pemimpin-pe­mimpin PKR agar tidak besar kepala dengan kuasa yang ada kerana mereka hanya mentadbir negeri Selangor selepas diberi laluan oleh Pas yang telah memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

“Kita tidak kisah kalau dia kata Exco Pas sila berundur, kita berjuang kerana Allah. Selepas pilihan raya umum lalu kita sendiri cadangkan supaya PKR mentadbir Selangor tetapi kalau sekarang dia mahu kita berundur kita tidak gentar.

“Dalam pilihan raya nanti kita akan lawan mereka, mereka kata kita berpecah tetapi PKR juga berpecah, maka kita lawan walaupun sama berpecah, te­ngoklah kepala siapa yang tahan,” katanya ketika me­nyampaikan ceramah umum di Markas Pas Tanjung Aru di sini malam tadi.

Yang turut hadir memberikan ceramah ialah Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd. Aminuddin Aling.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Azmin dijangka tunduk kepada tekanan dalaman PKR dan parti sekutu Pakatan Harapan diketuai DAP dengan memecat kesemua Exco Pas tidak lama lagi.

Difahamkan, kekosongan jawatan itu akan diisi masing-masing satu oleh wakil PAN, PKR dan DAP.
Mengulas mengenai penamatan tahaluf siyasi dengan PKR, Nasuruddin berkata, segala-galanya berpunca daripada halangan PKR untuk Pas melaksanakan undang-undang Islam serta langkah parti itu membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 di Dewan Rakyat.

Tegasnya, Pas telah mengambil langkah berlembut kepada DAP dan PKR dalam melaksa­nakan akta berkenaan, namun mendapat tentangan hebat terutama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan lebih keras daripada DAP.“Pada 2015 saya bersama Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Dr. Mohammad Fadli Hassan telah berjumpa pimpinan pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR untuk menjawab segala persoalan mengenai undang-undang Islam.

“Tetapi tidak ada satu pun persoalan yang kami berikan mampu dijawab oleh mereka, namun Ahli Parlimen Pandan terus menentang dan beliau memberi amaran akan berpe­cah jika akta itu dilaksanakan,” jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana