Pas sudah sesat dalam perjuangan - Guan Eng...Nampaknya Lim Guan Eng Sudah Takut

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap Pas sebagai parti politik yang sesat dalam perjuangannya apabila mengisytiharkan DAP sebagai musuh politik utama mereka.

Beliau berkata Pas sepatutnya menentang Barisan Nasional (BN) dan bukannya DAP.

Tambah beliau Pas seakan lupa tujuan asal Pakatan Rakyat ditubuhkan ketika masih menganggotainya.

“Mereka lupa siapa kawan siapa lawan; yang lawan jadi kawan, yang kawan jadi lawan.

“Kalau ini pun tak dapat dibezakan, saya rasa memang mereka sesat jalan daripada segi politik,” kata Guan Eng.

Kepimpinan DAP, jelas beliau, tidak berhasrat untuk menemui pemimpin Pas ketika ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan perwakilan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah pada Muktamar Pas kali ke-63 di Kota Sarang Semut dekat sini.

Beliau turut melabelkan Pakatan Rakyat sebagai musuh Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana