PAS SEMAKIN ASABIYYAH, KATA MAT SABU...AIKKK MAT SABU MACAM TERTEKAN AJER

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pendirian Pas pada masa ini jauh berbeza dengan apa yang pernah ditekankan dahulu.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, parti berkenaan sebelum ini mendidik ahlinya supaya melawan asabiyyah atau perkauman serta menolak pihak yang membelakangi keadilan.

“Kita diajar lawan asabiyyah. Dalam usrah dan pengajian, kita ditekankan jangan cenderung kepada orang yang zalim. Sekarang, puak yang bercakap itu bersama Umno untuk memainkan isu sentimen Melayu Islam.

“Dulu parti lama (Pas) dituduh parti ajaran sesat, parti ajaran menyeleweng, parti menentang pembangunan.

“Kita pun terpaksa jelajah seluruh Malaysia terangkan bahawa kami bukan sesat, kami menentang penyelewengan bukan pembangunan, kami tidak salah guna agama.

“Sekarang? (Timbul) tuduhan 1MDB, RM90 juta, tuduhan RM200 juta, Q7,” ujarnya pada Ceramah Pakatan Harapan di Kedah semalam.

Mengulas pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB, beliau berpendapat sentimen kaum dan agama yang sedang diperalat berisiko untuk menghalang rakyat melakukan perubahan.

Tambahan pula, jelasnya, apabila Pas mengeluarkan kenyataan dibolehkan turut mengundi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Rafizi dedah kepincangan Najib, tiba-tiba pemimpin parti lama saya kata pilihan raya akan datang, boleh undi Umno atau undi Pas. Ini apa ini? Apa dah jadi?

“Saya yakin kalau rakyat malaysia berfikir secara emosional walaupun Rafizi dedah penyelewengan macam mana pun, tidak akan berani tukar (kerajaan),” tegas Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Beliau pada program di Pejabat BPR Dun Kubang Rotan, Taman Kekwa di Jalan Kuala Kedah itu turut mendedahkan isu yang diketengahkan sekumpulan intelektual Melayu yang mengunjungi pemimpin Amanah minggu lalu.

“Ada Tan Sri, bekas Ketua Pengarang Utusan, bekas pegawai kerajaan yang hebat. Mereka juga tidak lama lagi akan mengunjungi PKR.

“Mereka kata orang Melayu jangan berpecah sangat. Jangan terlalu keras melawan pemerintah yang ada. Salah seorang Tan Sri itu kata kalau berpecah begini, Kit Siang akan ambil alih pemerintahan Malaysia.

“Dia kata dia ada maklumat yang cukup, dia ada rakaman ucapan Kit Siang kalau Melayu berpecah, Cina akan perintah Malaysia.

“Ini Tan Sri bekas pegawai kerajaan yang cukup berpengaruh (yang bercakap),” kata Mat Sabu yang turut memberitahu tokoh tersebut merupakan bekas SB sebelum menjadi peguam dan kemudiannya menceburi politik.

Sehubungan itu, beliau berpendapat pendekatan memainkan ketakutan dan perkauman sedang berlangsung seperti pernah berlaku di Jakarta ketika musim Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) walaupun bukan semua terpengaruh.

Untuk rekod, Ahok, 50, atau nama sebenarnya, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya pada 2014 dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta baru-baru ini selepas beliau dituduh menghina al-Quran.

Beliau yang berketurunan etnik minoriti Cina Indonesia itu bakal dihukum penjara selama lima tahun jika sabit kesalahan.

Manipulasi sentimen agama yang meluas di media sosial itu sehingga mencetuskan demonstrasi mega melibatkan ratusan ribu penganut Islam dengan tema “Aksi Bela Islam” pada 4 November tahun lalu.

“Siapa jadi Gabenor Jakarta akan jadi Presiden Indonesia. Rakyat Indonesia yang 80 peratus Islam sanggup berketuakan Cina dan Kristian?

“Memang ramai tidak tergoda tetapi datang pilihan raya, dia kalah kerana ugutan ‘walaun’ Indonesia – Kalau Ahok menang, kami tidak akan balik, kami akan berada di Jakarta untuk memastikan Islam tidak dicabar,” ujar Mat Sabu.

Walau bagaimanapun, beliau percaya kerajaan yang dikuasai BN akan dapat ditumbangkan sekiranya majoriti rakyat berfikir secara rasional berdasarkan fakta.

“Kalau fikir secara akal, rasional, secara matematik, rakyat akan tukar pemerintahan kerana dia tahu Lim Kit Siang tidak akan boleh memerintah secara bersendirian.

“Saya yakin dengan penerangan yang ada, dengan pencapaian kita dapat 52 peratus undi popular (pada PRU13). Dengan datangnya Bersatu, Mahathir, kita dapat buang ketakutan itu dan BN akan tumbang PRU akan datang,” tegas Mat Sabu lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment