PAS Selangor ugut tarik diri dari kerajaan negeri?

Kepimpinan PAS Selangor mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan negeri jika Datuk Seri Azmin Ali terus menerima tekanan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) untuk meminggirkan PAS.

Keputusan PAS itu dibuat pada mesyuarat lewat malam Selasa yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru dilantik, Sallehen Mukhyi, yang juga ADUN Sabak, lapor The Star Online.

Sallehen telah ditugaskan untuk menyampaikan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijadual mengadakan pertemuan hari ini.

Mesyuarat pada Selasa dihadiri semua ketua bahagian PAS Selangor di mana mereka diberikan kemas kini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri berikutan keputusan Majlis Syura menamatkan hubungan dengan PKR.

Keadaan itu, jika berlaku, menyaksikan krisis politik di Selangor semakin teruk. Ini adalah kali kedua Selangor dilanda krisis, selepas kali pertama pada 2014 bersabit kerusi menteri besarnya.

Ancaman tersebut, jika benar-benar dilakukan, akan 'menggoyahkan' kerajaan Selangor kerana ia akan menyebabkan Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, dari 56 kerusi keseluruhan.

PH kini mempunyai 14 wakil rakyat daripada DAP, 13 daripada PKR dan dua daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

The Star yang memetik sumber dalaman PAS berkata, mesyuarat itu tidak membincangkan tentang apa yang parti akan lakukan jika ia keluar dari kerajaan negeri.

"Terdapat banyak pilihan tetapi terpulang kepada rakyat untuk buat tafsiran," kata sumber itu.

Jika ancaman PAS itu menjadi kenyataan, pembangkang baharu untuk PH di negeri itu akan terdiri daripada 13 dari PAS, 11 dari Umno dan dua calon Bebas.

Terdapat spekulasi bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bakal membuat kemunculan semula dan dia dikatakan mengintai untuk melompat ke parti lain.

PAS mempunyai tiga Exco di Selangor iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan kedudukan tiga wakil rakyatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana