PAS MELAKA TUNTUT SEMULA KERUSI DIPINJAMKAN KEPADA PKR DAN DAP

PAS Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti pembangkang lain dalam soal pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjayanya, Kamaruddin Sedik, berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang menjadi kerusi tradisi parti itu pada pilihan raya sebelum ini.

Malah, katanya, parti berkenaan juga sedang mempertimbangkan mengambil kembali beberapa kerusi yang pernah dipinjamkan kepada PKR dan DAP, termasuk di Parlimen Jasin, DUN Rim dan Ayer Limau.

“Saya tegaskan pada PRU-14 nanti, kita (PAS) akan bertanding lebih daripada 14 kerusi dan jumlah itu adalah terbanyak dalam kalangan pakatan pembangkang.

“Jika berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru, bukan PAS penyebabnya. Kita kekal di kerusi tradisi itu berdasarkan kepada soal moral serta maruah parti dan sesekali tidak akan memberi laluan kepada parti lain bertanding di kerusi terbabit,” katanya kepada BH, hari ini.

Kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum lalu adalah Parlimen Masjid Tanah, DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundur, Bukit Baru, Ayer Molek, Telok Mas, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kasim adalah satu-satunya calon PAS yang menang pada PRU lalu.

Kamaruddin berkata, parti itu juga sudah membina kekuatan serta jentera sejak sekian lama dan ia tidak akan disia-siakan dengan hanya untuk membantu kempen calon parti lain yang bertanding di kerusi tradisi terbabit.

“Jadi, kita menasihatkan parti pembangkang lain supaya tidak menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana