PAS jangan lupa, di Selangor ada Amanah, PPBM

Pesuruhjaya dan tiga Exco PAS Selangor perlu menyatakan dengan lebih khusus apakah ikrar taat setia kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor turut melibatkan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San berkata PH di Selangor juga dianggotai Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), justeru PAS harus akur dan bekerjasama wakil parti itu.

Semalam, tiga Exco PAS tampil dalam satu kenyataan bersama yang secara jelas mendokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan meneruskan khidmat kepada rakyat negeri itu.

"Mereka juga perlu ambil maklum, pentadbiran ini juga disokong dan dianggotai oleh wakil rakyat parti Amanah dan juga parti Bersatu PPBM), maka mereka  (PAS) juga perlu melafazkan kenyataan yang sahih bahawa tidak ada masalah untuk mereka berfungsi di bawa kerajaan ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ikrar taat setia PAS itu dikeluarkan sebagai respon kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mehu wakil PAS kekal berkhidmat di negeri itu, meskipun partinya sudahpun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

PAS sebelum itu bertegas tidak akan mengarahkan wakilnya, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, meninggalkan Selangor sementelah mendapat mandat daripada rakyat negeri itu, membela nasib mereka hingga tamat penggal ini.

Mengulas lanjut, Weng San berkata, selain menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Amanah dan PPBM, PAS juga perlu menyatakan secara jelas bahawa mereka tidak akan bersekongkol dengan Umno dalam apa bentuk kerjasama politik.

"Barangkali lebih baik lagi kalau mereka boleh lafazkan secara rasmi yang mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam apa jua bentuk pun khususnya kerjasama politik," ujarnya beliau.

PAS dan Umno sebelum ini bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu yang hanya melibatkan kepentingan serta bermanfaat untuk rakyat.

PAS juga bertegas tidak akan sesekali bergabung atau menyertai Umno Barisan Nasional  (BN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana