PAS jangan 'bagi muka' lagi pada Azmin...Sokong Sangat Lah Tu

PAS perlu berpendirian tegas dan berani dengan meminta tiga anggota Exconya meletakkan jawatan yang disandang bagi menentukan hala tuju kedudukan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Gesaan dibuat ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang antara lain berkata,” kalau PAS sudahpun memutuskan tahaluf siasi dengan PKR maka parti itu perlu berpendirian tegas dan berani dengan tidak memberi `muka’ lagi kepada Timbalan Presiden PKR itu.”

"Saya nak cakaplah pada pimpinan PAS... beranilah, tegaslah kalau sudah putus tu keluarlah daripada kerajaan negeri Selangor biar Azmin tu tonggang-langgang tengok baru dia tahu langit tinggi rendah.

"Kalau  tiga Exco PAS ini tidak keluar daripada kerajaan negeri Selangor... Azmin masih sekali lagi mendabik dada... dia ingat dia kuat, dia hebat dan tetap jadi Menteri Besar.

"UMNO memanglah kita tak terima yang PAS sambung lagi nak beri sokongan kepada dia (Azmin)... buat apa kalau dah putus hubungan... lebih baik berkawan dengan kita ni... tolong dengan UMNO ni.

"Hari tu dah kita tolong dia ketika hendak bentang RUU355... kalau tak tolong boleh ke Haji Hadi Awang (Presiden PAS) bentang... no way man... dia (boleh) bentang sebab Datuk Seri Najib bagi laluan dan masa tu masa Haji Hadi nak bentangkan tu DAP punya halang seorang demi seorang menyekat dia (Hadi) daripada membentangkan dan yang mempertahankan dia masa itu siapa? wakil-wakil rakyat UMNO,’’ katanya dengan nada serius.

Tajudin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Tani Peladang (NITA) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seberang Perak: Majlis Penyampaian Insentif  NKEA LPP11 PPK Seberang Perak di Dewan Tan Sri Megat Junid, Bukit Chawi, Seberang Perak pada petang Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak seterusnya berkata, adalah jelas menunjukkan bahawa UMNO dan PAS boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama.

"UMNO dengan PAS kita boleh bekerjasama kita punyai matlamat yang sama tiada masalah untuk umat, untuk Islam untuk orang Melayu.

"UMNO tidak takut hendak berbaik dengan PAS... kita tak takut dengan MCA, MIC nak marah apa nak marah kita bukan zalim pada dia orang.

"UMNO telah buktikan selama hari ini sebagai peneraju utama kerajaan (kita berlaku) adil kepada semua kaum Cina, India, orang Asli, Kadazan Dayak dan sebagainya.
"Orang India, orang Cina daripada MIC dan MCA, tak perlu bimbang dengan hubungan baik antara PAS dengan UMNO,’kata Tajudin.

Tajudin diminta mengulas  kedudukan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang kini umpama 'telur dihujung tanduk' selepas PAS negeri itu sudah bulat tekad untuk menjadi pembangkang jika sekiranya tiga Exco mereka dipaksa meletak jawatan.

Jika PAS menjadi pembangkang bermakna Azmin hanya memerintah dengan kelebihan satu wakil rakyat (DUN) yang akan menyebabkan lebih banyak 'politiking' dalam urusan kerajaan dan parti di negeri tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana