PAS DAKWA MAHATHIR MAHU BUAT HUKUM ISLAM SENDIRI DI MALAYSIA

Dek kerana berasakan diri beliau masih berkuasa, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap apa yang dilakukan atau apa yang dikatanya adalah betul dan munasabah. Oleh sebab itu, tidak menghairankan apabila beliau sukar untuk menerima pandangan orang lain.

Bagi Mahathir, beliau seorang yang ‘mampu’ membawa perubahan yang ‘baik’ dan manfaat kepada rakyat. Namun bagaimanapun, bekas perdana menteri itu tidak sedar ketika zaman pemerintahannya telah banyak membawa penderitaan kepada rakyat.

Kesan kegagalan untuk menjalinkan hubungan politik dengan parti PAS, membuat Mahathir menjadi pengkritik lantang kepada parti di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Ini dapat dilihat apabila Mahathir marah kepada PAS kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS tidak boleh diterima oleh beliau, malah beliau istiqamah menentang perlaksanaan syariat Islam di negara ini.

Mahathir dalam catatan blog terkini pada 17 Mei lalu, sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya.

Mahathir mendakwa ahli PAS sentiasa taksub kepada pimpinan mereka dan ia menyukarkan usaha mengubah hala tuju parti Islam itu, sambil memberikan sejarah ringkas PAS ketika berada dalam Barisan Nasional sehinggalah perkembangan terkini yang menyaksikan hubungan lebih mesra dengan UMNO.

“Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka,” tulis Mahathir yang merujuk kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berilah apa hujah sekali pun kepada Mahathir, beliau tetap dengan sikapnya. Malah beliau hendak suruh PAS mengikut beliau yang ikut Islam tafsiran beliau, sehingga sanggup berlawan dengan mufti. Selain itu, turut tergamak memperli sunnah Nabi, apatah lagi dengan PAS.

Itulah yang disifatkan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad. Katanya, Mahathir sapu keliling, wataknya tidak berubah seolah-olah masih berkuasa. Manakala terbaru, beliau turut mengutuk bekas Menteri Besar Kelantan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Tuhan mencarut, walaupun isu itu sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup.

“Persoalannya, ke mana hulubalang PAN yang menyepi sahaja. Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahthir mengutuk Almarhum di hadapan mereka.

“Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah Almarhum. Sedangkan mereka mendakwa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ikon perjuangan mereka,” tempelak Idris.

Bagaimanapun, Idris mengatakan PAS tidak hairan para pemimpin PAN dan penyokong parti itu bertepuk bersorak apabila Mahathir menghentam Presiden PAS, Abdul Hadi kerana memang itulah perasaan mereka kerana benci kepada Presiden PAS.

“Sama seperti Tun Mahathir marah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah Dato’ Seri Anwar. Sekarang apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak politik mereka, maka ia semua angkara PAS dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujarnya. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana