PAS bukan 'kaki gaduh', bukan parti 'sesat' - Hadi

PAS menolak tanggapan parti itu parti yang suka bergaduh ekoran kerjasama politik yang dijalin bersama parti-parti lain sebelum ini tidak kekal.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS hanya mematuhi asas dalam sesebuah kerjasama iaitu menghormati dasar parti rakan, selain menambah, punca terputusnya jalinan kerjasama itu bukan daripada mereka.

"Kena baca sejarah kerjasama dengan PAS termasuk dengan Umno, yang pecat PAS dari BN ialah Umno, bukan PAS keluar.

"Termasuk Semangat 46, ia singkirkan diri. Termasuk dap tahun 2000 iaitu barisan alternatif, DAP yang keluar. Termasuk yang terakhir, DAP yang pecat PAS dengan tak ada undang-undang dia pecat PAS. Bukan kita keluar, tidak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan sebentar tadi.

Hadi juga menolak bahawa PAS yang menjadi punca kepada terputusnya jalinan kerjasama dengan parti-parti lain termasuk DAP sebelum ini.

"Kita di atas landasan kerjasama, tak sentuh dasar parti masing-masing. Itu sikap kita, bila orang lain sentuh dasar, itu dah langgar sempadan, itu bukan hal kita," katanya lagi.

Hubungan PAS dan DAP kali pertama terputus ketika kedua-duanya menyertai Barisan Alternatif  pada 2000, dan ia berulang ketika kedua-duanya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Hubungan kedua-dua parti itu terputus kali kedua pada 2015 selepas berterusan tidak sependapat mengenai isu hudud.

Hadi dalam pada itu mengulas kemenangan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Ketua Pemuda PAS, menggantikan Nik Abduh Nik Aziz.

Ujar Hadi, Khalil menang jawatan itu atas kekuatannya sendiri dan bukannya disebabkan pengaruhnya sebagai presiden parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana