PAN: Mandat rakyat adalah PAS bersama Pakatan...Si Khalid Samad Benggang Pada PAS

PAN memberi amaran supaya PAS tidak berselindung di sebalik ‘mandat rakyat’ bagi menghalalkan tujuan mereka untuk memegang pelbagai jawatan termasuk EXCO dalam kerajaan Selangor.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad mendakwa parti Islam itu sebenarnya sudah lama mengenepikan amanah yang diberi rakyat berikutan enggan menyertai Pakatan Harapan (PR).

“Kalau sudah tidak mahu bersama PKR dan PR, sila keluar dari kerajaan Selangor. Jangan bagaikan istihar cerai tetapi masih hidup bersama.

“Saya cadangkan PAS konsisten dalam sikapnya dan jangan berselindung di sebalik ‘mandat rakyat’. PAS sudah lama ketepikan amanah rakyat yang dulu memenangkan calon mereka,” katanya kepada BNBBC.my portal, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Syura Ulama yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang sebahagian agenda Islam serta mengkhianati PAS.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan dilaporkan menafikan dakwaan dibuat oleh Majlis Syura Ulama itu  serta berkata keputusan itu tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS, Salehin Mukhyi dilaporkan berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sehingga DUN dibubarkan kerana mendapat mandat rakyat pada PRU-13.

Namun dengan mengambil langkah segera, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipercayai akan membuat perbincangan mendalam dengan PAS berhubung perkara itu.

Sementara itu, Khalid yang juga bekas Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat bagaimanapun menyifatkan ianya tidak sepatutnya dianggap bahawa PAS perlu terus duduk dalam kerajaan Selangor.

“Mandat rakyat adalah untuk PAS bersama PR dan kukuhkan PR. Mengapa satu mandat dihormati dan satu lagi tidak?

“Kalau PAS pentingkan mandat rakyat, PAS akan berusaha kukuhkan PR dan jatuhkan BN. Bukan pecahkan PR dan bermesra dgn Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana