PAKATAN HARAPAN TIDAK PEDULIKAN SABAH DAN SARAWAK

Baru-baru ini, portal The Malaysian Insight telah melaporkan bahawa barisan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah ditetapkan. Penubuhan Majlis Presiden bertujuan memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa Pakatan akan bekerjasama dalam menentukan halatuju parti.

1. Penasihat : Mahathir
2. Pengerusi : Wan Azizah
3. Naik Pengerusi : Lim Guan Eng
4. Naib Pengerusi : Mat Sabu
5. Naib Pengerusi : Muhyiddin Yassin
6. Setiausaha Agung : PH Saifudin Abdullah
7. Bendahari : M Kulasegaran
8. Wakil DAP : Tan Kok Wai, Teresa Kok dan Anthony Loke
9. Wakil PKR : Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail
10. Wakil PAN : Amanah pula diwakili Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anuar Tahir
11. Wakil PPBM : Mukhriz Mahathir, Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Shahruddin Md Salleh.

Bagi menggambarkan bahawa kononnya Lim Kit Siang tidak akan mempengaruhi Pakatan Harapan, nama beliau sengaja tidak disertakan di dalam senarai majlis tersebut.

Tapi satu perkara menarik di dalam senarai ini adalah tiada satu pun wakil daripada negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Perkara ini telah ditegur sendiri oleh Abdul Aziz, seorang ahli DAP di Sarawak yang agak berpengaruh. Beliau membuat pemerhatian bahawa sebuah parti yang dibentuk kurang dari setahun diberikan lima jawatan tetapi Sabah dan Sarawak langsung tiada sebarang wakil.

Rais Hussin, ahli strategi PPBM mendakwa bahawa senarai Majlis PPBM masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu.

Namun, timbul tanda tanya sama ada adakah Pakatan Harapan dipimpin oleh orang yang kurang cerdik sehingga perkara seperti ini tidak difikirkan pada peringkat awal? Ini bermakna, walaupun wakil Malaysia Timur mungkin akan disertakan selepas ini, ianya hanya dibuat setelah teguran dibuat dan bukannya kerana Pakatan Harapan mengambil berat terhadap Malaysia Timur.

Ya, walau apa yang Abdul Aziz serta ahli-ahli DAP dan PKR Sabah dan Sarawak akan perkatakan untuk mempertahankan Pakatan Harapan, Malaysia Timur tidak termasuk di dalam agenda Pakatan Harapan.

Dalam hal ini, terdapat penjelasan mudah mengapa Pakatan Harapan tidak mengambil berat mengenai Malaysia Timur. Sabah dan Sarawak, seperti Johor, boleh dikatakan sebagai negeri-negeri yang kukuh menyokong Barisan Nasional berbanding dengan negeri-negeri lain. Tetapi sekurang-kurangnya salah seorang daripada naib pengerusi berasal daripada Johor.

Sebab utama perkara ini berlaku adalah Pakatan Harapan di peringkat Pusat tidak mendengar suara hati pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan rakyat tempatan. Sebaliknya mereka lebih gemar mengfokuskan kepada aktiviti berpolitik.

Cadangan Majlis Presiden Pakatan Harapan seperti yang dimaklumkan baru-baru ini jelas menunjukkan hakikat tersebut.

Tiada masalah. Rakyat Sabah dan Sarawak pun tidak memerlukan Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana