PAKATAN HARAPAN TIDAK MAMPU TUMBANGKAN BN – PAS

Pas menolak andaian bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini tiada fakta kukuh yang menunjukkan gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM akan menang dalam PRU 14.

Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya tidak bimbang dengan pakatan berkenaan malah sebaliknya yakin Pas mampu menghadapi pilihanraya dengan lebih kuat.

“Tidak ada ramalan pun mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan menang.

“Kita lihat tiada fakta boleh menunjukkan DAP dan Pakatan Harapan akan berjaya seperti parti-parti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 288 Ahli Majlis yang diwakili Yang Dipertua PBT masing-masing menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana