PAKATAN CUAK BILA CERITA ADUN KELUAR PARTI BERGENTAYANGAN

SOAL sama ada akan berlaku perubahan kepimpinan kerajaan di Selangor atau tidak dalam jangka terdekat ini (seperti yang tular di media sosial), bukanlah penting sangat.  Dengan penggal pemerintahan tinggal kurang lebih setahun saja lagi untuk berakhir, apa-apa perubahan pada waktu sekarang hanya merugikan semua pihak terlibat.

Kalau ada pilihanraya negeri, tak lama lepas tu nak pilihanraya umum menentukan kedudukan di Parlimen pulak.  Dah 2 kali duit habis belanja untuk pilihanraya.

Tapi satu perkara yang nyata ialah, cerita ini telah menyaksikan ramai orang Pakatan di Selangor cuak, terutama PKR.  Lepas seorang-seorang tampil menafikan mereka adalah antara ADUN yang terlibat akan melompat parti – menunjukkan cerita ini ada kekuatannya sendiri walaupun masing-masing cuba memperlekehkannya setaraf khabar angin dan sebagainya.

PKR saja pulak tu, DAP dan PAN rilek saja nampaknya

Sememangnya sejak kerajaan boneka DAP di Perak tumbang tahun 2009 yang lalu, kepercayaan sesama komponen Pakatan ini semakin tipis macam iman Mahathir.  Jangan kata sesama Pakatan, sesama PKR pun tak percaya juga.  Maka bila cerita yang hampir sama seperti di Perak muncul kembali, masing-masing cemas dan dengan segera tampil membuktikan kesetiaan kepada parti.

Walaupun semua orang nampak tidak ada keperluan untuk melakukannya.

Semua ini menunjukkan ketidakstabilan dalam Pakatan.  Sekarang jangan hairan kenapa tidak ada apa yang berubah menjadi baik di Selangor dan Pulau Pinang setelah 2 penggal puak puak ini mengambil alih, sebab politik mereka tidak stabil, asyik menoleh ke belakang, nak tengok kalau sesiapa cuba menikam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana