Pakatan bukan saja tak berani hapus GST bahkan naik lagi... - Najib

Sembang manis penyedap cerita sahaja dakwaan pembangkang mereka akan hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika memerintah... hakikatnya Pakatan tidak akan berani memansuh GST seperti yang didakwa mereka dan silap-silap kadar 6 peratus yang dikenakan sekarang akan ditingkat lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, sekiranya sistem percukaian itu dimansuhkan, separuh daripada penjawat awam, anggota keselamatan dan pembinaan infrastruktur pendidikan dan kesihatan terpaksa dihentikan memandangkan sumber pendapatan kerajaan yang terjejas sejak 2015 akibat kejatuhan harga minyak.

“Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang menyatakan bahawa mereka nak hapuskan GST. Percayalah pembangkang sebenarnya, ingin memberhentikan separuh daripada penjawat awam, guru, doktor, anggota keselamatan, pembinaan sekolah, masjid, jalan raya, hospital, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan asas awam sekiranya mereka memerintah.

“Realitinya, sejak tahun 2015, hasil tahunan negara telah jatuh sebanyak lebih kurang RM40 bilion berikutan kejatuhan harga minyak,” kata Najib, memetik laman www.najibrazak.com, hari ini.

Tambahnya, tanpa jumlah ini dalam bajet tahunan, kerajaan memang tidak mampu membayar gaji penjawat awam, menyediakan sekolah, hospital baharu dan membiayai anggota keselamatan negara.

Najib berkata, pembangkang juga sebenarnya menyedari GST menggantikan penurunan hasil minyak.

“Jadi apabila mereka membuat pusingan-U, untuk mengekalkan GST, penyokong mereka rasa terpedaya, jadi mereka tergesa-gesa ingin menurunkan kadar 6% ke 0%.

“Tindakan ini tidak masuk akal kerana apa guna adanya sistem yang canggih ini kalau tiada cukai yang dikutip? Mengapa tidak berani hapuskan terus sistem ini secara keseluruhannya?

“Sebenarnya pembangkang tidak berani hapuskan sistem GST agar mereka mempunyai pilihan untuk meningkatkan kadarnya di masa hadapan,” kata Najib.

Perkara itu kata Najib jelas menunjukan pembangkang akan meneruskan GST jadi mereka  terpaksa memperdayakan rakyat demi memenangi pilihan raya.

Najib berkata, sistem GST lebih sistematik dan digunakan lebih 140 buah negara di dunia ini.

“Kecekapan GST meningkatkan perolehan dan telah membolehkan perkhidmatan awam diteruskan dan ekonomi kita tidak ranap akibat kejatuhan harga minyak.

“Mujurlah sistem GST diperkenalkan, iaitu sistem yang menggantikan cukai SST sedia ada.

“Dulu pun sebenarnya cukai ada, tetapi tidak didedahkan oleh sebilangan peniaga, membolehkan mereka menetapkan kadar sesuka hati, manakala sistem GST memaklumkan kepada pengguna dengan jelas kadar 6 peratus,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana