Pada tahun 2012 Tun Mahathir Mahu Melayu Bangkit Tentang DAP

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.
“Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”.

“Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.

“Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan.

“Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru. - 2012
*Jadi bila hari ini Tun Mahathir sanggup menjadi barua kepada DAP maka sedarlah bahawa Tun Mahathir adalah satu dilema Melayu yang sanggup mengenepikan agenda Bangsa dan Agama demi kerakusan politik.

P.S...Dulu gaduh dengan Tengku Razaleigh, berpecah Melayu tubuh semangat 46. Bergaduh lagi dengan Anwar Ibrahim berpecah lagi Melayu tubuh lah PKR. Sekarang bergaduh lagi dengan Najib Razak lalu tertubuhlah pula PPBM.
Tapi kali ini amat pedih kerana Tun M sanggup bersekongkol dengan DAP yang Racist dan anti Islam Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana