‘Orang tidak hormat pemimpin negara itu sahaja caranya’

 Tindakan Mat Over yang meluru ke hadapan menolak David Teo sewaktu Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama Perdana Menteri semalam adalah bertujuan ingin memberi kesedaran kepada Pengarah filem yang dilihat berkelakuan melampau.

Menurut Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Khamis, tindakan beliau itu adalah kerana David telah mencetuskan provokasi terhadap pengacara program, Rosyam Nor.

David ketika itu menyatakan yang Rosyam bertindak berat sebelah hanya memberi laluan kepada pihak tertentu sahaja untuk bertanya soalan sehingga mengeluarkan kenyataan ‘you pandang sana sahaja, apa you ingat you pakai baju merah…”

“Apa makna perkataan baju merah tu ? Bukan kah berbabur perkauman? Siapa yang mulakan dulu? David tak ada pun nak cakap ‘saya minta maaf terlebih dahulu kepada PM..’ ini terus bangun dan cakap macam tu.

“Saya terus ke depan untuk bagi kesedaran kepada dia, saya bukan lempang, saya hanya tolak. Kalau saya lempang dah lama dia terbang,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Mat Over dalam masa yang sama turut menjelaskan sepatutnya David perlu lebih beradab kerana jemputan program malam tadi adalah daripada Perdana Menteri yang merupakan pemimpin tertinggi negara.

“Kita ni semua dah lah dijemput pergi ke rumah PM pula tu, tiba-tiba dia nak buat hal dekat rumah orang pula.

“Orang yang kurang ajar depan pemimpin negara itu sahaja caranya.

“Tak kira dia siapa pun, pengarah ke apa sekalipun, dia patut hormat,” tambahnya.

Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana sini kecoh apabila pelakon Mat Over melempang penerbit, David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila Mat Over meluru dari tempat duduk dan berjalan ke arah David dengan memberi amaran jangan bersikap kurang ajar di depan perdana menteri.

Sebelum itu, David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor yang dikatakan tidak adil kerana hanya memberi peluang kepada peserta di bahagian tertentu sahaja untuk bertanyakan soalan.

Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana