NAJIB PUJI PAS DI HADAPAN PENYOKONG UMNO....LAGI LAH MARAH GENG PH

Isu tahaluf siyasi antara PAS dan PKR yang secara rasmi terbatal, turut mendapat perhatian Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Umno Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Secara kebetulan saya dapat tahu hari ini Majlis Syura Ulama telah membatalkan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR,” kata Presiden Umno itu.

Majlis Syura Ulama PAS petang tadi menepati ramalan banyak pihak apabila menamatkan serta merta kerjasama politik antara PAS dan PKR.

Keputusan itu menurut Setiausahanya, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh, dibuat ekoran tindak tanduk PKR yang kerap kali melanggar syarat tahaluf siyasi antara mereka justeru pihaknya terpaksa mengambil keputusan sedemikian.

Pun begitu Majlis Syura menyerahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk menentukan kedudukan tiga exco dan ratusan wakilnya dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor.

Najib dalam pada itu turut memuji pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendekatan matang dengan bekerjasama bersama Umno.

“Memetik kenyataan Datuk Seri Haji Hadi, saya petik ucapan beliau, kerjasama PAS dan Umno kini adalah satu amalan politik yang sungguh matang kerana politik antara PAS dan umno, kita tak berkelahi sebaliknya kita berpolitik untuk kepentingan bersama.

“Haji Hadi juga kata dalam berpolitik kita boleh berbeza pendapat tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negera, kita mesti bersatu dan bersama,” kata beliau.

Hadi sebelum ini menegaskan, PAS akan bekerjasama dengan Umno dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan agama Islam.

Ujar Hadi, kerjasama PAS dengan Umno hari ini adalah amalan politik matang, yang akan difahami rakyat.

Beliau bagaimanapun pernah menegaskan, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hubungan PAS dengan Umno ‘intim’ selepas beberapa kali sepentas, antaranya bersabit isu Rohingya dan sokongan terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menerusi Himpunan 355, Februari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana