Najib Melenyapkan 37 Tahun Dasar Kabotaj Mahathir Terhadap Sabah, Sarawak dan Labuan

1. Dasar Kabotaj telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelaburan dan Industri, juga Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama.

2. Dasar ini memperuntukkan bahawa hanya kapal-kapal milik Malaysia dibenarkan untuk terlibat dalam perkapalan domestik antara pelabuhan domestik di Malaysia. Dasar ini memberi kesan kepada kapal-kapal asing kerana tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang.

3. Jadi, ini bermakna kapal-kapal asing tidak boleh menghantar barang import ke Sabah dan perlu memunggah barang kargo di Port Klang sebelum kapal-kapal milik Malaysia menghantar barang kargo tersebut dari Port Klang ke Sabah dan dikenakan caj tambahan.

4. Ini adalah salah satu sebab mengapa harga barang di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

5. Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran pada 2009, beliau meliberalisasikan sebahagian daripada dasar ini yang membolehkan pengangkutan kargo antara pelabuhan tertentu di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Baru-baru ini, pada tahun 2012 pengecualian dibuat bagi kapal-kapal pelayaran penumpang.

6. Hari ini, selepas 37 tahun penderitaan dan bebanan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh Mahathir, Najib telah mengumumkan untuk memansuhkan Dasar Karbotaj, berkuatkuasa pada 1 Jun 2017.

7. Najib telah memansuhkan satu lagi dasar yang membebankan rakyat Malaysia - terutamanya Malaysia Timur sejak dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana