NAJIB BERJAYA PERBAIKI KELEMAHAN DAN KESILAPAN SEPANJANG 22 TAHUN TUN MAHATHIR JADI PM

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperbaiki dan membetulkan banyak kegagalan yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Jelas beliau, antara yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib adalah memperbaiki hubungan baik dan menyelesaikan masalah air dengan Singapura.

“Saya cakap ini berdasarkan pengalaman dan saya pernah ada dalam kabinet semasa pemerintahan Tun jadi saya tau… saya kena beri pengakuan.. saya ada bukti dan saya tidak cakap kosong.

“10 tahun dalam kabinet saya tahu bagaimana masalah diplomatik Malaysia Singapura. Masalah air, tanah, keretapi dan sebagainya yang semua tidak selesai di zaman Tun, ianya diselesaikan di zaman Najib mengikut acuan Datuk Seri Najib. Begitu juga dengan hubungan baik dengan Arab Saudi. Di zaman Najib la hubungan antara dua negara ini berada dalam peringkat terbaik sehinggakan King Salman boleh melabur si sini.

“Malah banyak hubungan politik antara negara yang selama ini Tun tidak berjaya buat tapi Najib berjaya lakukan,” ujarnya ketika berceramah dalam program Jelajah Penerangan UMNO peringkat negeri Kelantan di tapak pasar malam Cerang Ruku, Pasir Puteh di sini, baru-baru ini.

Tambah Annuar, masalah hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Britain, China, Amerika dan beberapa negara lain juga turut berjaya diselesaikan oleh Datuk Seri Najib.

Dalam program yang sama beliau turut melahirkan rasa gembira kerana walaupun hujan lebat namun kehadiran orang rami memenuhi kawasan ceramah amat menggalakkan.

Orang ramai tidak berganjak sehingga habis sesi ceramah malah meminta Annuar untuk tidak berhenti bercakap.

Annuar yang ditemui selepas program mengulas, apa yang terjadi ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sudah semakin sedar bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang terbaik dalam membela nasib rakyat.

“Walaupun negeri Kelantan diperintah oleh Pas namun kita tidak pernah meminggirkan rakyat negeri ini.

“Dalam membantu rakyat tidak perlu pandang politik fahaman mereka… tidak kira mereka sokong siapa, kerajaan akan tetap bantu tanpa diskriminasi,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment