MUKHRIZ KATA HANYA BAPANYA YANG PALING BERJASA DALAM MALAYSIA...MUKA TAK TAHU MALUUUU

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa segan silu mengakui dengan sendirinya yang bapaknya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad paling banyak berjasa dalam Malaysia.

Habis orang lain serta pemimpin lain tidak sehebat dan semegah Mahathir, hanya Mahathir seorang yang layak digelar individu paling berjasa! Mukhriz juga mendakwa bapanya sahaja yang tidak pernah menyimpang dari perjuangan asal mempertahankan maruah bangsa dan agama.

Sebaliknya UMNO kini dilihat jauh menyimpang dari matlamat serta agenda penubuhan parti. Tapi apa yang menghairankan Gomez, kenapa sekarang ni banyak ahli PPBM keluar parti kerana tidak puas hati dengan perjuangan Mahathir dan PPBM yang dikatakan telah lari dari matlamat asal??

Kenapa tiba-tiba Mukhriz dakwa UMNO pulak yang jauh menyimpang?? Disamping itu, Mukhriz turut menyeru kepada semua ahli UMNO dan penyokong parti itu agar segera meninggalkan parti Melayu tersebut dan terus sertai PPBM.

Yela, PPBM sekarang ni kan berada di bawah pentadbiran Mahathir yang kononnya banyak berjasa pada UMNO dahulunya. Jadi bila dah Mahathir tubuhkan PPBM, so ahli UMNO kena sertai PPBM sebab parti cebisan itu sahaja yang menjadi ‘satu-satunya parti yang tidak lari dari perjuangan asal’.

Kononnya, ulang tahun UMNO ke-71 kali ini adalah berkat usaha Mahathir bukannya pemimpin-pemimpin sedia ada sekarang ini. Jadi kejayaan UMNO hanyalah atas usaha Mahathir, seperti yang dikatakan Mukhriz.

Menurut Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, pmimpin dan ahli UMNO sekarang ini perlu ingat siapa yang memerintah UMNO sepanjang tempoh 71 tahun kalau bukan Mahathir. Mukhriz ni nak cakap macam ahli dan pemimpin UMNO tak layak untuk menyambut ulang tahun UMNO yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalim malam ini.

Sebab kononnya, kejayaan UMNO adalah berkat dari Mahathir seorang. Kata Mukhriz, kehebatan parti itu kerana salah seorang yang pernah memimpin UMNO adalah pemimpin dalam PPBM kini, iaitu Mahathir. Sebab tu la penyokong UMNO perlu beralih menyokong PPBM.

Tambahnya, UMNO kini dah tak betul kerana jauh menyimpang dari tujuan asal. Hari ini UMNO pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Hairan, yang Mahathir dok pertahankan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tu macam mana cerita pula??

Konon kalau betul nak tegakkan syiar Islam, bangsa Melayu dan nak majukan tanahair jadi dorang kena sertai PPBM. Elok sangat la, berjuang pertahankan DAP dan jadi hamba pada Kit Siang dan Guan Eng tu macam mana pula? Adakah itu cara untuk tegakkan syiar Islam?

Mukhriz sepatutnya cermin diri sendiri dan akui kesalahan diri sendiri daripada terus masuk bakul dan angkat diri sendiri. Tak malu ke mengaku kononnya bapak dia tu la yang paling banyak berjasa, ingat orang lain takde jasa ke? – TiraGomez

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana