Modal Lapuk - Idris Ahmad

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad meminta penyokong parti itu supaya sentiasa sabar dan beristiqamah dalam perjuangan parti.Menurut Idris, penyokong PAS tidak perlu melayan segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang bermusuh dengan parti.
“Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14.

“Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana,” katanya dalam satu kenyataan.Jelas Idris lagi, beliau sebenarnya sudah terbiasa dengan persepsi politik palsu dan lapuk yang dimainkan oleh musuh PAS.

“Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik.“Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan kami,” katanya.
Beliau berkata, semua tanggapan terhadap PAS silap kerana sudah 66 tahun PAS lawan BN.
“Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno, Perikatan, kemudian BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan Umno, iaitu pada 1974.

“Sekarang pemimpin Pakatan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno"... inilah tagline yang paling popular,” katanya lagi. - SINAR HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana