MNO-PAS JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM SEKAT KEBEBASAN BUKAN ISLAM – DAP

DAP Sarawak memberi peringatan kepada UMNO dan PAS supaya tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, sebarang usaha untuk menukar Malaysia daripada negara sekular kepada sebuah negara Islam merupakan satu sekatan kepada hak kebebasan beragama di negara ini.

“Sama ada pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh akan menjadi satu lagi indikator bahawa kerjasama UMNO dan PAS untuk merubah Malaysia dari negara sekular kepada negara Islam yang akan menyekat kebebasan beragama bukan Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis ke atas Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi DAP seperti yang terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Kamarul Zaman mendakwa, Hannah dalam penulisannya secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Mengulas lanjut perkara itu, Chieng Jen berkata, jika laporan polis Kamarul Zaman yang taksub agama itu disiasat pihak berkuasa, maka setiap buku yang mengajar agama selain Islam di Malaysia perlu disekat.

“Bukan sahaja ketaksuban beliau memalukan negara, tetapi dia sebagai pensyarah akan mempengaruhi minda generasi muda untuk tidak toleran terhadap agama lain.

“Kita berasa kesal dan sedih kerana ada pensyarah universiti awam tidak menghormati kebebasan agama bukan Islam,” katanya dengan penuh biadab.

Ironi, Chieng Jen terlupa agama Persekutuan di negara ini ialah Islam dan termaktub rasmi dalam perlembagaan manakala undang-undang jelas melarang agama lain disebarkan kepada umat Islam. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment