MISI MEMBURU PERAGUT DI KUALA LUMPUR...JANGAN BAGI MUKA BILA KENA TANGKAP

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan operasi khas untuk membanteras jenayah ragut di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata hasil usahasama antara Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan PDRM, satu dasar baru dalam perbincangan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh beliau.

Menurutnya, dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu, mereka membincangkan mengenai jenayah ragut di Kuala Lumpur yang nyata di tahap membimbangkan selain memberi imej buruk kepada negara.

“Lebih memburukkan keadaan, dalam kejadian baru-baru ini, seorang pelancong diragut ketika merakam swafoto di pusat bandar.

“Ia bukan saja menjejaskan imej negara malah menyebabkan perasaan takut di kalangan pelancong.
“Oleh itu, satu operasi khas akan diadakan dalam masa terdekat dengan membabitkan polis kontinjen, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah anjuran MCPF dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana