Mesra dengan Umno cara politik matang

KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan tersebut adalah mengikut keadaan.

Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti pembangkang juga.

"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi, itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah ahli parlimen di situ. Ini pedekatan kita yang baharu.

"Dulu sebenarnya kita memang hendak hadir program-program kerajaan persekutuan tapi tak dijemput selain tidak mengizinkan," katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di Marang, Terengganu.

Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront, Khamis lalu.

Dalam perkembangan lain, mengulas tentang dakwaan bahawa Pas menjadi parti yang rugi kerana tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Takiyuddin berkata, itu hanya andaian dan sesiapa boleh membuat analisa terbabit.

"Kita tahu apa kita lakukan. Kita faham dan kaji semua ini.

"Pas ada plan dan alternatif lain bila kita ambil tindakan dalam politik. Kita adalah parti politik yang telah berusia 66 tahun," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment