MERDEKA CENTRE RAMAL PKR TERJEJAS TERUK DI SELANGOR BILA PAS TIADA

Hubungan politik di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sudah tidak dapat diselamatkan. Malah kedua-dua parti ini kini dilihat saling bercakaran dan bertikam lidah dalam apa jua perkara.

Hubungan kedua-dua parti itu menjadi semakin ‘keruh’ antaranya puncanya selepas episode ‘pak lebai’ yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tindakan Azmin ketika itu diibaratkan seperti ‘siram minyak ke dalam api’ ketika PAS kawasan-kawasan sedang bermesyuarat dan mahu ahli membincangkan, apakah wajar hubungan politik antara PKR dan PAS diputuskan.

Bagaimanapun, parti di bawah pimpinan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dilihat lebih banyak menerima impak negatif daripada keputusan Muktamar PAS menerima usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Itulah yang dirumuskan oleh badan penyelidik Merdeka Centre. Malah kesan itu dikatakan bukan sahaja terkena kepada PKR, bahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) juga turut menerima impak yang sama.

Berhubung pertembungan tiga penjuru, lebih separuh kerusi parlimen milik PKR diramalkan akan terjejas.

“Jika PKR dengan PAS memutus hubungan, ia bukan sahaja merugikan kedua-dua pihak, malahan turut menjejaskan Bersatu untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor.

“Adalah diramalkan lebih separuh kerusi parlimen milik PKR akan terjejas. Parti itu sukar mempertahankan kerusi mereka sama ada DUN ataupun parlimen dalam PRU kali ini,” kata Pengurus Penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat.

Selain itu, penganalisis politik, Lim Hong Siang juga berpendapat kedudukan PKR di Selangor tidak syak lagi boleh tergugat kerana pengaruh PAS di negeri itu tetap tidak boleh dipandang ringan.

“Sekiranya PAS meletak calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR, tentu sekali sokongan yang diberikan kepada calon PKR sebelum ini sedikit sebanyak akan beralih kepada calon PAS.

“Selain itu, perpecahan dalaman yang berlaku dalam PKR turut dikatakan akan menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terjejas.

“Difahamkan Azmin masih memerlukan PAS sedangkan kajian simulasi yang dilakukan Invoke di bawah kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan mendapati PAS tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU14 sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Inilah konflik yang wujud dalam PKR ketika ini,” kata Hong Siang.

Jika dilihat dapatan Merdeka Centre dan pendapat beberapa penganalisis politik itu hampir sama dengan hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) sebelum ini.

“Azmin bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU 14 sekiranya tahaluf siyasi PAS dan PKR terputus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana