MENTERI ‘HAIRAN’ PENGKRITIK JADI BISU BILA HARGA MINYAK TURUN...SOKONG SANGAT LAH TU

Datuk Seri Hamzah Zainudin ‘hairan’ dengan sikap pengkritik yang bising apabila harga minyak naik tetapi membisu pula apabila ia turun.

“Pasal petrol ini saya hairan sesetengah orang ini kan bila harga naik 3 sen, macam-macam dia cerita. Bila turun seminggu, 2 minggu, 3 minggu berturut-turut turun senyap sahaja,” kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu semalam.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program kesedaran Akta Syarikat 2016, Hamzah berharap pengguna jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengekalkan harga minyak selama-lamanya kerana pengaruh pasaran.

“Sudah tentu harga akan naik. Apabila sampai ke permintaan dan penawaran ini, bukan saya yang tentukan minyak di pasaran dunia,” katanya.

“Tak seperti (naib presiden PKR) Rafizi Ramli cakap ada cukai sana, ada cukai sini. Mengarut semua,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan banyak stesen minyak ditutup selepas pelaksanaan mekanisme penetapan harga, Hamzah menyerahkan kepada kebijaksanaan pengusaha minyak untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar dilaporkan berkata antara 30 hingga 40 stesen minyak pelbagai jenama menyerahkan operasi mereka sejak pelaksanaan mekanisme penetapan harga bulanan pada Disember 2014, dan lebih banyak lagi sejak penetapan harga mingguan diperkenalkan 1 April lalu.

“Saya nak bagi contoh di kampung saya di Selama seseorang mengusahakan (stesen minyak) Caltex. Stesen itu maju. Kenapa? Dia buka cafe, buka dobi, macam-macam aktiviti yang dia lakukan. Saya rasa dia antara pengusaha yang berjaya di kampung saya.”

“Jangan hanya nak menunggu minyak itu sahaja,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana