Menjawab soalan dangkal Muhyiddin

Membaca kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan kita tertanya-tanya adakah tahap kefahaman seorang Presiden parti begitu cetek sehingga beliau mengeluarkan sejumlah kenyataan dan persoalan yang dangkal dan kurang cerdik?

2. Andaian Dangkal 1

"Persetujuan 1MDB untuk membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan bahawa syarikat itu mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada satu syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC."

Jawapan

Tiada sebarang pernyataan dalam butiran persetujuan penyelasaian timbang tara antara IPIC-1MDB yang menyebut 1MDB mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.

Sehingga hari ini 1MDB tetap berpegang teguh  kepada pendirian bahawa ia telah membayar kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan IPIC dan Aabar Investment PJS.

Pembayaran kepada IPIC adalah pemulangan semula AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah Muhyiddin) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.

3. Soalan Dangkal 1

"Mengapakah pembayaran sebesar ini dibuat kepada sebuah syarikat yang palsu?"

Jawapan

1MDB tidak membuat pembayaran kepada syarikat palsu. Syarikat Aabar BVI wujud dan adalah syarikat kepunyaan Aabar PJS dan IPIC. Pengarah Syarikat Aabar BVI adalah Khadem Al Qubaisi, iaitu Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar PJS, dan Mohamed Badawy, iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Aabar PJS)

4. Soalan Dangkal 2

"Mengapakah tidak ada satu pun tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab yang telah membuat pembayaran yang salah ini?"

Jawapan

Seperti yang dinyatakan, 1MDB tidak membuat pembayaran yang salah. Pembayaran tersebut dibuat menurut arahan Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy, kepada syarikat Aabar BVI, sebuah syarikat kepunyaan Aabar PJS dan IPIC.

IPIC telah mengambil tindakan memecat Khadem Al-Qubaisy dan Muhammad Al Badawi. Pihak berkuasa Abu Dhabi juga telah menahan dan membekukan aset mereka.

Sepatutnya IPIC dan kerajaan Abu Dhabi yang membawa Khadem dan Muhammad ke muka pengadilan, bukan pihak berkuasa Malaysia.

5. Soalan Dangkal 3

"Dari manakah sumber kewangan yang akan diperolehi oleh 1MDB dan MOF Inc untuk membayar sebanyak RM26.5 bilion kepada IPIC?"

Jawapan

Muhyiddin dan pemimpin pembangkang yang lain perlu sepakat mengenai jumlah sebenar yang mereka dakwa perlu dibayar oleh kerajaan, sama ada RM26.5 bilion atau RM25.18 bilion. Jelas mereka sendiri tidak sepakat tentang jumlah ini kerana mereka bercakap berdasarkan andaian dan bukan bersandarkan fakta.

1MDB telah menjawab bahawa pembayaran ini dibuat tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN

Melalui siaran media 1MDB, disebut bahawa salah satu cara adalah dengan pengewangan (monetisation) unit dana Brazen Sky dan 1MDB GIL, yang dijamin oleh IPIC melalui dua syarikatnya Aabar PJS dan Aabar BVI, dengan jumlah bernilai AS$2.5 bilion

6. Soalan Dangkal 4

"Jika ianya menerusi penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd, siapakah yang membeli unit pelaburan tersebut dan berapakah nilainya? Benarkah unit pelaburan ini wujud?"

Jawapan

Nilainya telah disebut AS$2.5 bilion, tetapi Muhyiddin tidak menghadam maklumat ini

Unit dana ini bukan sahaja wujud malah unit dana yang dipegang oleh Brazen Sky ini dijamin oleh Aabar PJS dan unit dana yang dipegang oleh GIL 1MDB pula dijamin oleh Aabar BVI.

7. Soalan Dangkal 5

"Mengapakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak berminat langsung untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada syarikat Aabar yang palsu itu?"

Jawapan

Sejak awal lagi 1MDB telah menjelaskan dan membuktikan ia TIDAK KEHILANGAN WANG dan TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA SYARIKAT PALSU.

Pihak yang membuat aduan kehilangan wang adalah IPIC. Maka logiklah jika IPIC yang bersungguh-sungguh membawa pertikaian ini ke Mahkamah Timbang Tara London dan memecat Pengarah Urusan dan Pengerusi anak syarikatnya, Aabar. Cuma peliknya kenapa IPIC dan kerajaan Abu Dhabi masih tidak mahu mendakwa Khadem dan Muhammad sedangkan pihak berkuasa negara itu telah menahan serta membekukan aset kedua mereka.

Pelik juga, kenapa IPIC beriya-iya membayar faedah bon 1MDB sedangkan mereka kata ia tiada kaitan dengan mereka, melainkan jika mereka sedar bahawa jaminan ini masih terpakai.

8. Andaian Dangkal 2

"Jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC"

Jawapan

1MDB telahpun memberi penerangan bahawa pembayaran AS$1.2 billion kepada IPIC dan faedah bon akan dibuat melalui pengewangan unit dana Brazen Sky dan 1MDB-GIL bernilai AS$2.5 bilion

JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon berjumlah AS$3.5 billion masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya

JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC terpaksa membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.

9. Andaian Dangkal 3

"Perlu diingatkan di sini rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali, bayaran pertama yang dibuat kepada Aabar BVI yang telah hilang dan lenyap dan kini, bayaran kedua yang akan dilaksanakan dengan termeterinya perjanjian timbang tara ini"

Jawapan

komutmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan PENJAMIN kepada hutang tersebut.  Nampak sangat Muhyiddin cetek pengetahuan apabila menyebut "Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali" kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR IPIC, sebaliknya membayar PELANGGAN BON apabila bon ini matang pada tahun 2022

Kejahilan Muhyiddin amat nyata kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR "SEKALI LAGI" JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC

Perkbangan terbaru menunjukkan IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC. Ini disahkan melalui pengumuman bertulis  yang dibuat oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 24 April 2017

IPIC dan 1MDB juga telah bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut dan tiada sebarang butiran dalam persetujuan ini yang menyebut bahawa 1MDB dan KERAJAAN MALAYSIA PERLU MEMBAYAR JUMLAH AS$3.5 KEPADA IPIC TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB ketika tempoh perjanjian berakhir pada Disember tahun 2020, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

10. Kenyataan Muhyiddin membuktikan bahawa dia dangkal fakta dan tidak menguasai maklumat mengenai isu 1MDB.

11. Jelas Muhyiddin gagal menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia membuktikan segala dakwaan Muhyiddin ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB selama ini adalah fitnah. Saya ingin mengulangi tindakannya menubuhkan sebuah parti baru semata-mata kerana percaya kepada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana