Mat Sabu kalah saman Utusan... kena bayar RM70,000....Jenuh Nak Cari Duuit Lagi

Jenuh kutip derma lagi... Presiden PAN Mohamad Sabu hari ini kalah saman malu yang dikemukan beliau kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat penerbitan akhbar.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan untuk menolak saman tersebut dengan kos RM70,000.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membacakan keputusan itu setelah mendapati ketiga-tiga artikel yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia berhubung ucapan Mohamad atau Mat Sabu tentang serangan Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos 2011, tidak berunsur fitnah.

Pada prosiding itu, Zakaria berkata, ucapan dibuat Mat Sabu tentang Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan sebenar yang menyerang diketuai Mat Indera tidak boleh dibuat tanpa mendapat kritikan.

“Mahkamah mendapati keterangan pakar sejarah bahawa Mat Indera (yang dinyatakan dalam ucapan Mat Sabu) merupakan pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya.

“Kecaman yang dihadapi plaintif (Mat Sabu) berpunca daripada ucapannya sendiri dan defendan (Aziz dan Kumpulan Utusan) berjaya dengan pembelaan justifikasi komen berpatutan,” katanya.

Kedua-dua defendan diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid dan Nor Hazira Abu Haiyan manakala Mat Sabu tidak hadir ke mahkamah pada prosiding pagi tadi.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 ketika menjadi Timbalan Presiden PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana