MAT OVER TAMPAR DAVID TEO : TAK HABIS LAGI, POLEMIK BARU BILA AFDLIN SHAUKI PULA TAK PUAS HATI

Apa hal plak Shauki Meroyan tak tentu pasal plak....memang kurang Ajar David tu...kenapa nak bela sangat Cina tu?

Pelawak dan pengarah, Afdlin Shauki menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya pada Rabu.

Afdlin yang memuat naik status itu di laman Instagramnya mempersoalkan tindakan Rosyam memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

“Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.
“Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuannya disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

“Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam Rabu menjadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana