MASYARAKAT CINA TELAH DITIPU OLEH DAP – GERAKAN MELAKA

Masyarakat Cina telah ditipu dan dihasut oleh DAP, tegas Pengerusi Parti Gerakan Melaka, Datuk Chua Lian Chye.

Menurut beliau, DAP selama ini menggunakan taktik memburuk-burukkan lawan politik mereka sehingga membangkitkan perasaan benci di kalangan masyarakat.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat yang tersebar di media sosial dan tidak menerima bulat-bulat maklumat tersebut.

“Orang Cina telah ditipu dan dihasut oleh DAP kerana DAP guna taktik benci dan dengki. Dengan taktik ini orang yang baik boleh jadi buruk.

“Mereka (DAP) war-warkan (perkara) yang tidak benar. Sebab itu media sosial amat bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Ceramah Rakyat P.135 Alor Gajah, di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, pakatan pembangkang yang diketuai DAP itu sebenarnya ketandusan idea.

Buktinya ujar beliau adalah apabila parti-parti pembangkang meniru gagasan yang diwujudkan oleh parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada pelbagai parti politik pelbagai kaum.

Namun begitu katanya, gagasan yang diwujudkan pembangkang iaitu Pakatan Harapan tidak seutuh BN memandangkan parti-parti komponennya mempunyai agenda sendiri.

“Lagi satu yang kita perlu tahu ialah pakatan sudah melihat BN sudah berjaya selama 51 tahun. Dan sebab itu mereka tiru BN buat satu (pakatan) yang dipanggil Barisan Rakyat, sekarang Pakatan Harapan.

“BN sudah bentuk nama tiada apa-apa kemusykilan. (Tetapi) Pakatan Harapan ‘tidur sebantal, mimpi lain-lain’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana