MALAYSIA DI KEDUDUKAN TERATAS UNTUK DESTINASI PENGEMBARAAN MUSLIM TERBAIK DUNIA

Malaysia berada pada kedudukan teratas destinasi pengembaraan muslim terbaik dunia dalam Indeks Pengembaraan Muslim Global 2017.

Negara mengambil alih kedudukan utama itu untuk kali ketiga – mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Turki.

Indeks itu dikeluarkan oleh Mastercard dan CresentRating yang membuat penarafan bagi 130 buah negara pasaran pengembaraan ke negara orang-orang muslim.

Setiap negara diberi mata berdasarkan beberapa kriteria termasuk kemudahan lapangan terbangan, penyambungan udara, kemudahan visa dan ruang bersolat dan kesedaran tentang keperluan pengembaraan Muslim.

Malaysia mendapat 82.5 mata daripada 100 peratus mata bagi kemudahan akses ruang solat dan lapangan terbang.

UAE yang mendapat tempat kedua memperoleh 76.9 mata dan Indonesia 72.6 mata.

Pasaran pengembaraan Muslim dijangka berkembang pesat dengan unjuran AS$220 bilion pada tahun 2020 dan melonjak kepada AS$80 bilion untuk mencapai AS$300 bilion menjelang tahun 2026.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana