MAHFUZ OMAR PUJI MELANGIT PIMPINAN PKR

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memuji pimpinan PKR kerana tidak memecat 3 Exco PAS, malah masih sanggup untuk terus mengekalkan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata, walaupun PKR telah “diceraikan” dan dituduh PAS sebagai menentang agenda Islam yang diperjuangkan oleh parti Islam itu, namun PKR tetap menerima Exco PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“PKR jauh dari dilihat sebagai kaki gaduh yang sesuka hati memecat serta memutuskan hubungan dengan pihak dan parti yang tidak sehaluan walaupun PKR sendiri dituduh dengan tuduhan yang tersangat berat iaitu menentang agenda Islam.

“Umum mengetahui yang memutuskan hubungan kerjasama politik ialah PAS manakala yang mendapat keuntungan politik ialah PKR,” katanya dalam satu kenyataan media.

Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan bahawa Sultan Selangor telah memperkenan untuk mengekalkan 3 Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri yang dipimpin beliau.

Keputusan PKR itu menurut Mahfuz secara tidak langsung telah memberi persepsi bahawa PKR sebagai sebuah parti yang lebih mementingkan rakyat dan negeri Selangor.

“Sekalung tahniah dan syabas kepada pimpinan PKR atas keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang bersetuju memberi mandat kepada Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor untuk mengekalkan tiga Exco kerajaan negeri dari PAS bagi terus berada dalam kerajaan Selangor.

“Keputusan PKR membuktikan jiwa besar pimpinan PKR terhadap PAS dan tetap menerima PAS walaupun dituduh menentang agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini,” katanya lagi.

Mahfuz sebelum ini menggesa PAS supaya mengarahkan ketiga-tiga Exco PAS itu meletak jawatan ekoran keputusan parti itu yang bertindak memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada muktamar tahunan PAS baru-baru ini.

Beliau yang dikatakan cenderung lebih menyebelahi Pakatan Harapan berbanding PAS, turut mengecam partinya sendiri dan mendesak supaya PAS tidak berkelakuan seperti “kartun politik yang tidak ketahuan hala”.

Ahli Parlimen itu juga sebelum ini beberapa kali digesa oleh pimpinan PAS supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti yang dibuat secara berjemaah. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana