MAHATHIR KUTUK TG NIK AZIZ, PEMIMPIN PAN HILANG DERIA? – PAS

Pemimpin PAN yang mengakui Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai idola mereka ditempelak oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kerana mengunci mulut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk bekas Mursyidul Am PAS,

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

“Ke mana perginya hulubalang PAN itu hingga menyepi diri, adakah mereka sudah ‘hilang deria’ setelah Dr. Mahathir membangkitkan semula isu “Tuhan mencarut” , tanya Idris.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang yang menulis dalam Harakahdaily semalam: “ Tun Mahathir sapu keliling. Wataknya tidak berubah seolah-olah masih berkuasa. Terbaharu, Tun kutuk Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam isu

tuhan mencarut walaupun sudah dijelaskan oleh Allahyarham

Isu itu timbul ekoran kemarahan Dr. Mahathir terhadap penulisan jelik dalam novel ‘Shit’ karya Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad yang juga salah seorang pemimpin PAS. Tulisan itu dipertahankan oleh Nik Aziz walaupun dikutuk Dr.

Mahathir.

“Persoalannya, ke mana hulubalang PAN menyepi. Apakah mereka tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahathir yang mengutuk Allahyarham di hadapan mereka?

Apakah mereka sudah hilang deria rasa setelah Tun Mahatihr membelasah Allahyarham kerana pada masa yang sama mereka mendakwa, Nik Aziz ikon perjuangan mereka,” ujar Idris lagi.

Beliau tidak hairan apabila Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM menghentam Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka (PAN) bertepuk sorak kerana memang itulah perasaan mereka kerana benci kepada Presiden PAS.

Menurut beliau, Dr. Mahathir beristiqamah untuk membenci benci PAS sehingga hujung hayatnya kerana tidak boleh ‘cucuk hidung’ pemimpin PAS yang meniolak untuk bekerjasama dengan PPBM.

Sebelum ini, keluarga Nik Aziz membuat laporan polis mendakwa PAN menjaja nama bekas ulamak PAS itu dengan menganjurkan satu seminar yang dianggap sebagai penghinaan.

Pemimpin PAN mendakwa Nik Aziz akan menyokong PAN jika beliau masih hidup.

Dalam pada itu Idris turut membidas Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Kadir Jasin yang lantang mengkritik PAS termasuk mendesak tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor meletak jawatan berikutan keputusan Majlis

Syura Ulama membatalkan kerjasama politik antara PAS dan PKR.

“Nasihat saya supaya Datuk Kadir cermin muka dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS,” kata Idris yang mendakwa bekas Editor New Straits Times itu sebagai pengampu semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment