MAHATHIR CABAR AHLI-AHLI PPBM YANG TIDAK PUAS HATI KELUAR PARTI

Tindakan beramai-ramai ahli PPBM termasuk bekas setiausaha kerja parti yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini disifatkan sebagai aneh kepada Mahathir. Mahathir mendakwa individu terawal iaitu Kamarul Azman Habibur Rahman antara individu terawal yang berjanji bersama dengan PPBM meninggalkan parti jelas tidak selari dengan matlamat awal perjuangannya.

Mahathir langsung tidak kisah apabila Kamarul Azman keluar parti dan mendakwa Kamarul adalah orang yang pertama marah kepada Perdana Menteri dan seterusnya menubuhkan parti.
Orang seperti Mahathir bercakap tanpa batasan seolah-olah beliaulah yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang tertinggi sehingga membuat kenyataan dan pendirian seolah-olah parti itu tidak ada komuniti dan badan jawatankuasa. Mahathir dengan sinis mencabar mana-mana ahli PPBM yang sedia ada dalam parti.

Kebanyakan ahli-ahli PPBM keluar parti kerana kesal dan kecewa dengan sikap Mahathir kerana kalau dahulu Mahathir pejuang tegar UMNO tetapi sekarang ini Mahathir sanggup menjilat tapak kaki Lim Kit Siang dan sikap Mahathir yang gemar U-turn.

Ramai ahli PPBM keluar parti kerana mereka cerdik, berpandangan jauh dan boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kemampuan PPBM dan mereka tahu dalam beberapa bulan ditubuhkan tujuan dan matlamat penubuhan parti hanya perjuangan kepentingan Mahathir dan kroni-kroninya sahaja bukan perjuangan rakyat.

Bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang menubuhkan PPBM hanya mahu mendapatkan kuasa dan mempunyai kepentingan peribadi. Perjuangan parti PPBM bukan untuk bangsa tetapi perjuangan seolah-olah membalas dendam kepada Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO sendiri. Parti ini juga bukan mahu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tetapi hanya memperjuangkan diri mereka sendiri yang tersingkir daripada kerajaan dan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana