LETAK JAWATAN JIKA EXCO PAS SELANGOR ANAK JANTAN, KATA AMK JOHOR

Wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor mencabar exco Pas dan semua lantikan politik dalam kerajaan Selangor agar meletakkan jawatan sekiranya mereka ‘anak jantan’.

Wakil tersebut, Naim Jusri berkata desakan itu dibuat bagi melihat sifat sebenar kepimpinan Pas Selangor yang kini telah memutuskan hubungan dengan PKR secara rasmi berdasarkan keputusan muktamar majlis syura parti Islam itu.

“AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang,” kata Naim Jusri pada wakil Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2017 di Shah Alam, hari ini.

Cabaran wakil AMK Johor itu dibuat selepas lebih seminggu Pas mengumumkan parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pas bagaimanapun bertegas untuk mengekalkan ketiga exco Selangor dari parti itu selagi mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Keputusan kepimpinan Pas itu jelas mendapat tentangan sebahagian besar kepimpinan Pakatan Harapan yang beranggapan Pas sewajarnya melepaskan semua jawatan dalam kepimpinan negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana