Lagu MGR, Pantun Mat Sabu Gamatkan Sesi Perbahasan

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-63 digamatkan dengan gimik perwakilan PAS Selangor yang secara bersahaja mendendangkan lagu Tamil ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden pada Ahad.

Perbahasan itu disampaikan oleh Zaidi Abdul Talib yang menyanyikan lagu dendangan aktor India, Marudur Gopalamenon Ramachandran atau dikenali sebagai MGR.
Beliau memetik lagu bertajuk 'Naan Anai Ittal' yang mempunyai mesej kebaikan untuk disampaikan kepada masyarakat.

Ternyata kesemua perwakilan dan hadirin yang hadir pada sesi tersebut terhibur dengan gimik Zaidi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu 'Meneruskan Agenda Budaya Politik Matang Dan Sejahtera.'

Meskipun menyelitkan elemen santai, Zaidi menegaskan bawah PAS bukan sebuah parti yang gila kuasa susulan isu tahaluf siyasi antara PAS dan PKR sehingga mencetuskan polemik politik di Selangor.

"Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu merampas kuasa dari orang gila.
"Walaupun kuasa PAS terbatas di Selangor, tetapi ia bukan alasan untuk menterjemahkan tema muktamar kita kali ini iaitu, Sejahtera Bersama Islam," ujarnya.
Sesi perbahasan ucapan dasar Presiden brmula pada awal pagi Ahad di Kompleks PAS Pusat Kota Sarang Semut di Kedah.

Sementara itu, serorang perwakilan PAS Perak juga sempat mencuit hati hadirin apabila memulakan perbahasan dengan serangkap pantun yang mengejek bekas pemimpin PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk bagi pandai, pandai kita tak ikut Mat Sabu," katanya.
Pantun itu dipercayai merujuk kepada tindakan Mat Sabu yang keluar daripada PAS untuk membentuk satu parti baharu iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini menjadi antara seteru politik utama parti Islam tersebut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment