Lagi…enam warga tempatan disyaki terlibat Daesh dicekup

Seramai enam orang warga tempatan termasuk seorang guru agama disyaki terlibat Daesh dkecekup polis dalam operasi di empat negeri sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu mereka yang berusia antara 23 hingga 54 tahun ditahan dalam operasi di Kelantan, Selangor, Kedah dan Perak.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata suspek pertama yang ditahan ialah Muhammad Muzafa Arieff Junaidi, 27, yang bekerja sebagai penternak lembu.

Suspek ditahan pada 23 Mei di Rantau Panjang, Kelantan selepas menyerah diri apabila polis memintanya tampil memberi maklumat berhubung aktiviti penyeludupan senjata api di selatan Thailand.

Tangkapan kedua melibatkan dua adik beradik berumur 23 dan 29 tahun yang ditahan di Perak dan Kedah pada 25 dan 26 Mei lepas, katanya.

Dua adik beradik yang bekerja sebagai guru agama dan peniaga online itu disyaki bertanggungjawab menyokong dan membantu pergerakan kumpulan pengganas Daesh di Syria.

Menurut Khalid, mereka membantu kumpulan ini melalui Muhammad Fudhail Omar dan Wan Mohd Aquil Wan Zainal @ Akel Zainall.

"Kedua-duanya adalah saudara kepada Muhammad Fudhail yang pernah mengarahkan seorang anggota Daesh di Sabah untuk melancarkan serangan secara 'Lone Wolf´ pada 6 Ogos 2016.

"Muhammad Fudhail dijangka mengambil alih peranan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi yang terkorban dalam serangan dron di Raqqa, Syria pada 29 April lalu," katanya.

Khalid berkata tangkapan seterusnya dibuat di Kulim, Kedah pada 25 Mei melibatkan seorang pesara tentera berumur 54 tahun yang bertanggungjawab menyalurkan lebih kurang RM20,000 kepada pengganas Daesh di Syria.

Seorang daripada anak lelakinya bernama Afif Safwan Azzudin telah menyertai pengganas Daesh di Syria.

"Tangkapan keempat pada 25 Mei dibuat ke atas dua suspek berumur 31 dan 33 tahun di Selangor dan Kedah. Suspek pertama bekerja sebagai pegawai pengawal kualiti di sebuah syarikat swasta manakala seorang lagi tidak bekerja," katanya sambil menambah kedua-dua mereka menyokong dan membantu kumpulan Daesh di Syria.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) akan juga disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana